Program Kempen Internet Selamat Peringkat Negeri Sembilan

10 Oktober 2025 | Aktiviti Terkini

9 Oktober 2025 - NADI Felda Sungai Lui telah turut serta dalam menjayakan Program Kempen Internet Selamat Peringkat Negeri Sembilan yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, YB Teo Nie Ching anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Sembilan di SJKC Bandar Sri Sendayan. Program ini sebahagian daripada usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penggunaan internet secara selamat dan bertanggungjawab.

Program ini bertujuan untuk mendidik pelajar, guru dan ibu bapa mengenai etika penggunaan internet, keselamatan siber, serta langkah-langkah melindungi diri daripada ancaman dalam talian seperti penipuan digital, buli siber dan penyalahgunaan maklumat peribadi.

Pelbagai aktiviti interaktif telah dijalankan termasuk ceramah kesedaran,reruai perkhidmatan pintar NADI,reruai pameran agensi, serta kuiz keselamatan digital yang menarik minat para pelajar.

Sehubungan dengan itu, program seperti ini akan terus diperkukuh seiring inisiatif pendidikan digital di peringkat komuniti bagi memastikan setiap lapisan masyarakat celik digital serta mengamalkan budaya penggunaan internet yang positif, beretika dan selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali